Saturday, December 8, 2007

*****Hati Suci*****


Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beliau tengah mengajarkan ayat-ayat Qur'an. Tiba-tiba Rasulullah berhenti sejenak dan berkata,"Akan hadir diantara kalian seorang calon penghuni syurga". Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan penuh harapan mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.Tak berapa lama kemudian, seorang laki-laki melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang laki-laki dari kaum kebanyakan. Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tak banyak yang mengenalinya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya.Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni syurga, laki-laki tersebutlah yang kemudian muncul.Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahwa memang laki-laki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin penasaran, amalan istimewa apakah yang dimiliki laki-laki ini hingga Rasulullah menjulukinya sebagai calon penghuni syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati keseharian laki-laki ini. Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah laki-laki tersebut. Si laki-laki calon penghuni syurga mempersilakannya.

Selama tinggal di rumah laki-laki tersebut, si sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan si laki-laki calon penghuni surga. Saat si laki-laki makan, si sahabat ikut makan. Saat si sahabat mengerjakan pekerjaan rumah, si sahabat menungguinya. Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. "Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat bagus," fikirnya. Tapi ketika malam tiba, si laki-laki pun bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca Qur'an dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.Sungguh, si sahabat hairan, karena ia tak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari laki-laki ini. Tiga malam sang sahabat bersama sang calon penghuni syurga, tetapi semua tetap berlangsung biasa.


Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah. Kemudian dia bertanya,"Wahai kawan, amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni surga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu".Si laki-laki menjawab," Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang bisa kuberitahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan kubuang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah menjuluki demikian."Mendengar penjelasan itu, wajah sang sahabat menjadi berseri-seri. "Terima kasih kawan atas hikmah yang kau berikan. Aku akan beritahu para sahabat mengenai hal ini". Sang sahabat pun pamit dgn membawa pelajaran berharga.

AL-INSAN..



Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Rahsia 5 jari

1.Cuba tengok jari anda. Genggam
kuat2 & angkat ke
atas sambil laung.."Allahu Akbar".
Itulah Rukun Islam
yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm
keadaan terbuka &
Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan
solat lima waktu
jangan kita abaikan.

3.Put ur hand on the table,
perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm
manusia & apa benda
pun akan start dr kecil then membesar
& terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya.
Whatever we do semua start dari
kecil. Kegagalan
mendidik pd usia muda akan beri
impact/kesan yg besar
pd masa depan.

4.Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm
tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet..
manis mcm jari
manis. Ms remaja kita selalu di duga
dgn cabaran &
dugaan. Hanyan iman & takwa akan
tunjukkan jalan
kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi,
jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30's kita
dah punya
status & ekonomy & career yg stabil
but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-
hantu pengacau"
yang datang menggoda. Hantu dengki,
hantu ego, hantu
tamak, hantu jealous dan macam2 hantu
lagi. Kalau gagal

kawal emosi khuatir kita masuk ke
perangkap nafsu dan syaitan.

So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg
mengungkap satu dan esanya

Allah SWT ketikasolat. Genggam kesemua
jari kecuali telunjuk see how
Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk
arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu
jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new
generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a
great mind.

7.Lastly renung la ibu jari..
besar/gemuk & pendek
compare to the others but it shows
kematangan &
kehebatan yg membanggakan. Kalau ada
ibu jari semua
urusan lancar tapi bayangkan kalau
takde ibu jari...
nak gengam/pegang something cukup
susah.. nak pegang
sudu pun susah. To young generation,
nak buat2 apa
rujuk la kat org tua/berpengalaman.
Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh
la kita say
"good" or "yes" sambil thumbs up
itulah rahsia
kejayaan kita.

SATU PENJELASAN TERBAIK

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA, ' ' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD. ' '

''KENAPA KAMU KATA BEGITU? ' ' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANG KAN ALLAH YG MAHA PENY AYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU ' ' .

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, ' ' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD? ' '

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI ' ' .KATA BARBER.

''TIDAK! ' ' KATA SI LELAKI TADI. ' ' KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU '

''AH!BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE! ' ' .KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI! ' ' . KATA SI LELAKI TADI.

''THAT ' S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ' '